Permainan Susunan ini adalah berdasarkan daripada permainan kiub berwarna yang boleh dipusing-pusingkan untuk menjadikan kesemua permukaan kiub mempunyai warna yang sama. Tetapi permainan susunan ini menukar(convert) daripada permainan yang berbentuk 3 dimensi menjadi 2 dimensi untuk menyesuaikan dengan paparan komputer. Lagipun konsepnya sama sahaja,cuma pemusingannya dilakukan dengan mouse dan bukan dengan pemusingan kiub tersebut.
Permainan ini dihasilkan menggunakan Visual Basic 5 , jadi ia hanya boleh dimainkan dalam sistem operasi Windows 95 (or above).
Idea game ini boleh diubah suai pada 4 X 4 kotak dan sebagainya oleh mereka yang berminat dalam game programming.
Penerangan Mengenai Download Game
Sebelum mendownload game, pastikan fail MSVBVM terdapat dalam direktori SISTEM WINDOWS anda.
Fail ini diperlukan untuk membuka semua program yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.
Sekiranya fail tersebut tidak terdapat dalam sistem anda, anda boleh download fail
VB500A.ZIP yang disediakan oleh Microsoft.Anda perlu UNZIP dan SETUP fail tersebut.
Sekiranya keperluan fail tersebut telah disempurnakan anda bolehlah download game ini.
- Anda perlu klik pada Download Game.
- Kebiasaannya satu dialaog box akan dipaparkan oleh browser samaada anda mahu menyimpan fail LI_SETUP.EXE dalam
komputer anda atau terus running aplikasi setup tersebut melalui talian.
- Saya rekomenkan anda menyimpan terlebih dahulu fail tersebut dalam disk komputer anda dan
selepas itu bolehlah anda setup fail tersebut. (Pastikan anda ingat direktori dimana anda menyimpan
fail tersebut.)
- Masa yang diambil untuk salin fail tersebut kurang dari 15 saat.
- Sesetengah browser telah dikonfigurasikan untuk terus running aplikasi yang berbentuk *.exe.
Mungkin untuk lebih memudahkan proses setup.
- Bagi yang ada masalah bolehlah email saya atau tanya pada kawan anda.
- Program setup yang saya sediakan akan menyalin semua fail yang diperlukan dalam
direktori PROGRAM FILES - SUSUNAN . Terdapat 2 fail yang akan disalinkan iaitu SUSUNAN.EXE,CLICK.WAV.
Jumlah byte kesemua fail kurang dari 100 Kbyte (boleh isi 14 game dalam satu disket).
- Dan fail link akan diletakkan didesktop. (Anda boleh ubah tempatnya sendiri kemudian.)
- Susah bagi saya untuk menerangkan cara yang tepat dan ringkas. Hanya setakat ini saja yang dapat saya berikan.
- Anda boleh email saya atau pergi ruangan forum untuk memberi komen atau mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.
Affendi Game Page (Instruction)
Gunakan butang [Previous Game] untuk melihat game lain dimukasurat sebelumnya.
Gunakan butang [Next Game] untuk melihat game seterusnya .....
Butang [Download Game] untuk download game yang dipaparkan.
Butang [Download Info] untuk mengetahui cara download.
Anda boleh juga tinggalkan email anda untuk mengetahui game atau perkara terbaru mengenai halaman ini.
(Pada yang sudah tinggalkan email sebelum ini tak perlu tinggalkan email lagi).
Butang [MSVBVM] untuk mendownload fail MSVBVM.EXE di 'ftp' Microsoft.(Visual Basic Runtime Module).
Butang [E-mail] untuk email saya di [email protected]
Butang [Forum] untuk pergi ke halaman forum (tukar pendapat dan sbgnya)
[ Download Game Now] [Kembali ke atas] [Game seterusnya ]