Previous GameGame SeterusnyaDownload Game NowPenerangan mengenai cara download
E-mail Anda:

Pengenalan Game Hasil Tambah

Idea permainan Hasil Nombor ini adalah kombinasi antara permainan tetris dan satu permainan kad(terup) yang saya kenal dengan permainan 'TAN' semasa dikampung dahulu.
Walaupun ia bertujuan untuk menguji kecekapan congakan kita dalam pengiraan tambah tetapi faktor nasib juga ada mempengaruhi permainan ini. Tetapi faktor nasib tersebut dikawal dalam pemberian dan penolakan markah.Dan Hasilnya saya dapati 80% adalah daripada kemahiran anda dan 20% adalah nasib .Anda perlu cuba dahulu sebelum dapat memahami keadaan tersebut.
Tapi bagi sesiapa yang selalu bermain dengan permainan-permainan mudah begini tentu maklum dengan faktor nasib yang terdapat dalam permainan tersebut.Contoh nya permainan tetris, sekiranya kesemua blok yang turun berbentuk _|~ sahaja ,orang yang cekap pun tak dapat nak selesaikan.
Hasil yang diperlukan dalam permainan ini akan sentiasa bertambah dari nilai 10 hingga 25. Kemudian hasil akan kembali kepada 10 dan penurunan nombor akan dipercepatkan.

p/s: Pastikan fail MSVBVM.DLL (Visual Basic 5.0 Runtime Module) terdapat di direktori sistem Windows anda.

Gambar Paparan Game

Klik disini untuk melihat gambar paparan Game (Interface).

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada 'Fail'--'Mula Permainan' atau tekan F2
  2. Anda akan dapat melihat 2 buah nombor.
  3. Nombor akan jatuh satu tangga kesatu tangga. Dan anda boleh menggunakan kekunci anak panah pada keyboard untuk memilih tempat mana yang anda ingin letakkan nombor tersebut.
  4. Nombor yang diatas bekas adalah nombor pilihan yang boleh anda tukar dengan nombor yang terdapat didalam bekas untuk diletakkan didalam bekas atau dipadankan dengan mana-mana nombor lain untuk mendapatkan hasil yang diperlukan.
  5. Sekiranya hasil penambahan nombor-nombor yang anda susun menyamai hasil yang diperlukan oleh game maka nombor-nombor tersebut akan hilang dan markah akan diberi sebanyak 10 markah.
  6. Sekiranya hasil penambahan nombor-nombor yang anda susun tidak sama dengan yang diperlukan maka nombor tersebut akan terus tinggal didalam bekas dan anda perlu tunggu nombor yang kemuudiannya untuk dicantumkan dengan nombor tersebut.
  7. Hasil tambah dibuat dalam keadaan melintang dan menegak.
  8. Setelah selesai 45 buah nombor dijatuhkan maka hasil penambahan akan berubah meninggkat 1 nilai dari 10 ke 11 , 12 ....sehinggalah ia mencapai angka 25.
  9. Kemudian hasil yang diperlukan akan kembali menjadi 10 tetapi masa penurunan kotak dipercepatkan 0.1 saat.Begitulah seterusnya hingga kesemua susunan gagal mendapat hasil yang diperlukan.
  10. Cukuplah setakat ini saja penerangan saya dan yang lain-lain tu anda cubalah sendiri sampai expert.OK
  11. Dan sekiranya terdapat masalah anda bolehlah e-mail.

Penerangan Mengenai Download Game

Sebelum mendownload game, pastikan fail MSVBVM terdapat dalam direktori SISTEM WINDOWS anda. Fail ini diperlukan untuk membuka semua program yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.

Sekiranya fail tersebut tidak terdapat dalam sistem anda, anda boleh download fail VB500A.ZIP yang disediakan oleh Microsoft.Anda perlu UNZIP dan SETUP fail tersebut.

Sekiranya keperluan fail tersebut telah disempurnakan anda bolehlah download game ini.

  1. Anda perlu klik pada Download Game.
  2. Kebiasaannya satu dialaog box akan dipaparkan oleh browser samaada anda mahu menyimpan fail LI_SETUP.EXE dalam komputer anda atau terus running aplikasi setup tersebut melalui talian.
  3. Saya rekomenkan anda menyimpan terlebih dahulu fail tersebut dalam disk komputer anda dan selepas itu bolehlah anda setup fail tersebut. (Pastikan anda ingat direktori dimana anda menyimpan fail tersebut.)
  4. Masa yang diambil untuk salin fail tersebut kurang dari 15 saat.
  5. Sesetengah browser telah dikonfigurasikan untuk terus running aplikasi yang berbentuk *.exe. Mungkin untuk lebih memudahkan proses setup.
  6. Bagi yang ada masalah bolehlah email saya atau tanya pada kawan anda.
  7. Program setup yang saya sediakan akan menyalin semua fail yang diperlukan dalam direktori PROGRAM FILES - HASIL . Terdapat 3 fail yang akan disalinkan iaitu HASIL.EXE dan fail-fail lain. Jumlah byte kesemua fail kurang dari 100 Kbyte (boleh isi 14 game dalam satu disket).
  8. Dan fail link akan diletakkan didesktop. (Anda boleh ubah tempatnya sendiri kemudian.)
  9. Susah bagi saya untuk menerangkan cara yang tepat dan ringkas. Hanya setakat ini saja yang dapat saya berikan.
  10. Anda boleh email saya atau pergi ruangan forum untuk memberi komen atau mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.

Affendi Game Page (Instruction)

Gunakan butang [Previous Game] untuk melihat game lain dimukasurat sebelumnya.
Gunakan butang [Next Game] untuk melihat game seterusnya .....
Butang [Download Game] untuk download game yang dipaparkan.
Butang [Download Info] untuk mengetahui cara download.
Anda boleh juga tinggalkan email anda untuk mengetahui game atau perkara terbaru mengenai halaman ini. (Pada yang sudah tinggalkan email sebelum ini tak perlu tinggalkan email lagi).
Butang [MSVBVM] untuk mendownload fail MSVBVM.EXE di 'ftp' Microsoft.(Visual Basic Runtime Module).
Butang [E-mail] untuk email saya di [email protected]
Butang [Forum] untuk pergi ke halaman forum (tukar pendapat dan sbgnya)

[ Download Game Now] [Kembali ke TOP]