Game yang sebelumnya..Game Seterusnya..Download game NowPenerangan mengenai cara downloadDownload dan setup msvbvm
E-mail Anda:

Pengenalan Lingo Melayu

Program Game Tali Gantung ini dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.0 Enteprise Edition. Sistem yang diperlukan ialah sistem operasi Windows 95 (or above).Size keseluruhan game ini setelah diekstrakkan ialah 100 KB.
Permainan ini adalah idea klasik permainan 'HangMan'.
Kebanyakan soalan dalam game ini adalah berdasarkan pada Pepatah Melayu dan 'Prosa Kata' yang selalu didengar. Sekiranya terdapat keraguan atau kejanggalan dalam permainan ini saya harap anda boleh e-mail untuk memberi idea yang lebih bernas.

p/s: Pastikan fail MSVBVM.DLL (Visual Basic 5.0 Runtime Module) terdapat di direktori sistem Windows anda.

Gambar Paparan Game

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada MULA..'.
  2. Beberapa petak kosong akan keluar dan anda boleh menggunakan kekunci tetikus disebelah kanan untuk meneka abjad yang terdapat dalam ruang tersebut.
  3. Seperti biasa sekiranya abjad yang diteka tidak terdapat dalam soalan maka tiang-tiag tali gantung akan dibina....
  4. Pastikan anda dapat menyiapkan prosa kata tersebut sebelum orang didalam game ni digantung.
  5. Akhir kata selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati.

Penerangan Mengenai Download Game

Sebelum mendownload game, pastikan fail MSVBVM terdapat dalam direktori SISTEM-WINDOWS anda. Fail ini diperlukan untuk membuka semua program yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.

Sekiranya fail tersebut tidak terdapat dalam sistem anda, anda boleh download fail MSVBVM50.EXE yang disediakan oleh Microsoft.Anda perlu SETUP fail tersebut.

Sekiranya keperluan fail tersebut telah disempurnakan anda bolehlah download game ini.

  1. Anda perlu klik pada Download Game.
  2. Kebiasaannya satu dialaog box akan dipaparkan oleh browser samaada anda mahu menyimpan fail SETUP_GA.EXE dalam komputer anda atau terus running aplikasi setup tersebut melalui talian.
  3. Saya rekomenkan anda menyimpan terlebih dahulu fail tersebut dalam disk komputer anda dan selepas itu bolehlah anda setup fail tersebut. (Pastikan anda ingat direktori dimana anda menyimpan fail tersebut.)
  4. Masa yang diambil untuk salin fail tersebut lebih kurang 15 ke 30 saat.
  5. Sesetengah browser telah dikonfigurasikan untuk terus running aplikasi yang berbentuk *.exe. Mungkin untuk lebih memudahkan proses setup.
  6. Bagi yang ada masalah bolehlah email saya atau tanya pada kawan anda.
  7. Program setup yang saya sediakan akan menyalin semua fail yang diperlukan dalam direktori PROGRAM - GANTUNG. Terdapat 3 fail yang akan disalinkan iaitu GANTUNG.EXE dan fail-fail *.wav" Jumlah byte kesemua fail kurang dari 100 Kbyte (boleh isi 14 game dalam satu disket).
  8. Dan fail link akan diletakkan didesktop. (Anda boleh ubah tempatnya secara manual kemudian.)
  9. Susah bagi saya untuk menerangkan cara yang tepat dan ringkas. Hanya setakat ini saja yang dapat saya berikan.
  10. Anda boleh email saya atau pergi ruangan forum untuk memberi komen atau mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.

Affendi Game Page (Instruction)

Gunakan butang [Previous Game] untuk melihat game lain dimukasurat sebelumnya.
Gunakan butang [Next Game] untuk melihat game seterusnya .....
Butang [Download Game] untuk download game yang dipaparkan.
Butang [Download Info] untuk mengetahui cara download.
Anda boleh juga tinggalkan email anda untuk mengetahui game atau perkara terbaru mengenai halaman ini. (Pada yang sudah tinggalkan email sebelum ini tak perlu tinggalkan email lagi).
Butang [MSVBVM] untuk mendownload fail MSVBVM.EXE di 'ftp' Microsoft.(Visual Basic Runtime Module).
Butang [E-mail] untuk email saya di [email protected]
Butang [Forum] untuk pergi ke halaman forum (tukar pendapat dan sbgnya)

[ Download Game Now] [Kembali ke TOP] [Game seterusnya (Mukasurat 2) ]